Terasa ingin berkongsi cerita tentang situasi dalam pengurusan dan perlaksanaan LADAP atau latihan dalam perkhidmatan. Sejak tertulis arahan LADAP perlu dilaksana diperingkat sekolah, semua guru dan pentadbir sekolah bertungkus lumus menjalankan program LADAP di peringkat sekolah…..
Memandangkan panitia di sekolahku hanya 3 orang yang mengajar biologi, adakah berbaloi untuk memanggil penceramah dan menjalankan kursus biologi di peringkat panitia sekolah?
Biasanya kursus dijalankan di peringkat negeri atau sekurang-kurangnya daerah, jadi lebih mudah diuruskan dalam bentuk program panitia daerah. Dan selama ini itu lah yang di lakukan.
Maka di peringkat sekolah kursus umum dijalankan di mana tidak sfesifik kepada mata pelajaran… terasa juga kekurangan kan?
Setiap sabtu dipenuhi dengan aktiviti sekolah atau LADAP, maka bagi seorang guru sudah tidak ada cuti hari Sabtu sebenarnya….
Why a laugh a day keeps the doctor—and the cardiologist and the psychiatrist—away