cerita keempat (new)

.. aku melangkah kaki memasuki kawasan SMK Seri Indah, sekolah baru yang aku akan mengajar setelah bertukar dari KISAS. Terdengar suara guru-guru dan murid-murid memenuhi ruang udara di pinggir pekan Serdang itu. Tentunya ini adalah suasana amat baru bagi ku kerana di KISAS suasana hening dan hanya terdengar suara guru-guru mengajar. Melintas sebuah kelas untuk ke pejabat, aku terdengar suara guru perempuan menjerit sekuat hati memarahi murid yang semakin kuat suara becakap dalam kelas. melintas bilik disiplin ternampak guru disiplin memegang rotan sambil berbual dengan guru lain.. aku terkedu seketika dengan suasana itu, kenapa guru-guru di sini begitu garang?
.. setelah melapor diri dan memulakan tugas, aku diarah mengajar tingkatan 5 Sains, 4 Sains dan tingkatan 3. bagi kelas sains aku mengajar biologi dan bagi tingkatan 3 aku mengajar sains. murid tingkatan 4 dan 5 begitu berminat dan aku tidak mengalami masalah dalam pengajaran. Yang amat mencabar kesabaranku adalah pelajar tingkatan 3 – kelas ke 13, 14 dan 15 dari 15 kelas tingkatan 3 di sekolah itu. Pelajar pelbagai kaum, yang bila bercakap Bahasa Melayu pun tidak berapa difahami, B. Inggeris pun tak faham juga, masing-masing bercakap bahasa ibunda..Bahasa Tamil, Hokien, Mandarin, Bahasa Melayu pasar.
akhirnya aku juga mula menjerit sebagaimana guru yang aku temui pertama kali menjerit dulu… semua teori pembelajaran perlu di semak semula, aku meminta guru disiplin selalu melintas kelas dimana aku mengajar kerana aku adalah orang yang gagal mengawal disiplin pelajar…
.. hari demi hari berlalu, perlahan sekali aku menyesuaikan diri dengan murid tingkatan 3 ini. waktu P&P hanya 50% dapat di menafaatkan, waktu lain mengawal disiplin, mencari buku, mencari pen, mententeramkan pelajar yang bergaduh… namun bersama mereka dan juga guru disiplin kami membina taman sains.. ( murid tingkatan 3 paling banyak menyumbang tenaga, menanam herba, mencuci kolam ikan, merumput dan menjaga tanaman) Taman Sains kami telah dibuka dengan rasminya oleh YB Daerah Serdang ( aku tersenyum sampai telinga) dihadapan anak-anak murid yang terkinja-kinja dibelakangku.
.. Aku memang tabik guru-guru sekolah harian ( kerana aku sentiasa di SBP) yang bertungkus lumus mengajar anak bangsa, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama, mengawal disiplin dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu.. Pengalamanku selama 2 tahun di sekolah harian seperti 20 tahun di SBP. Tahniah cikgu..anda memang amat gigih sebagai pendidik..

..

Leave a Reply