…En Ch’ng Teng Hong guru kanan Sains dan Matematik meletakkan satu borang atas mejaku.. Hashimah, u kene bimbing pelajar buat projek sains, ini kali pertama Intel Malaysia taja student untuk sertai projek sains peringakat national and international …make sure we able to enter and try to go international. Three students – all girls telah sedia untuk buat projek ni..’
itu satu arahan dan cadangan dan motivation kot.. nak tak nak aku pun memanggil ketiga-tiga girls tu.. setelah berbincang dan berbincang dan berbincang kami pun mendapat idea untuk membuat projek ; ‘How kitchen waste cant be a waste anymore.’
projek ini membuka minda dan memberi new environment kepada ku dan murid-muridku, projek dimulakan dan diteruskan hari demi hari. ibu bapa turut terlibat mengenalkan murid dengan lecturer UPM dan akhirnya kami bersedia untuk masuk pertandingan peringkat nasional ..
Alhamdulilah, pasukan kami berjaya menjadi Johan Intel ISEF Malaysia yang pertama dan yang paling best kami akan mewakili Malaysia ke US untuk menyertai Pertandingan Intel ISEF peringkat antarabangsa.
Berbekalkan bahan projek yang kami sendiri tidak tahu cukup atau tidak, semangat kental kami bertolak ke US bersama-sama seorang pelajar lain dari Sabah, pensyarah UM dan pegawai dari Kementerian.
Philadelphia Convention Center adalah tempat projek kami di pamerkan bersama -sama 1400 lebih projek sains dari seluruh dunia. Wakau terasa kerdil kerana melihat projek dari pelajar-pelajar lain yang begitu advance dari segi research mereka, pelajar puteri dari KISAS menjadi tumpuan kerana mereka confident, attractive dan sangat fluent semasa membentangkan projek…
Semasa disana kami sempat melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pennsylvania dan dalam perjalanan balik ke Malaysia kami singgah ke California utk melawat ke Universal studio dan Disneyland….
Kenangan ini satu memori indah buat semua..