Cerita Pertama:
Teringat hari pertama aku menjejakan kaki ke sekolah, bertugas sebagai guru.. di Kolej Islam Kelang (Klang -ejaan baru). Dengan baju kurung dan tudung kecil aku melaporkan diri kepada pengetua KIK.
Taklimat pertama beliau :-
Pakaian: Perlu menutup aurat termasuk tudung dan pakaian sopan.Tanggung jawab ini adalah amanah dan jalankan dengan baik.
Penolong Kanan membawa aku ke bilik guru dan memperkenalkan guru baru ini kepada guru-guru lain. Pn Tee guru bahasa Inggeris adalah orang pertama menegurku, ‘
‘hi, u look so young, betul ke jadi cikgu dah ni, macam student i sahaja..’ kata-kata manis mesra itu memberi rasa aku diterima di KIK.
dan bermulalah sejarah hidupku sebagai guru di sana
dan akhirnya aku berkhidmat disana selama 21 tahun……
selamat berjuang …cikgu